Bagi saya, memang tak salah untuk kita berhibur malah tidak juga menjadi kesalahan jika kita buat sesuatu dengan niat untuk menghiburkan orang lain. Tapi seelok-eloknya biarlah hiburan itu kena pada tempat dan kumpulan sasarannya. Paling penting maruah dan identiti kita sebagai seorang guru juga perlu dititikberatkan dalam apa jua langkah yang ingin diambil. Buat Cikgu Shida, memang tak salah untuk anda mencari alternatif sama ada menghiburkan diri ataupun untuk orang lain. Tapi sebagai seorang muslimah, tambahan kita ni guru pula...kita ni adalah model atau contoh ikutan buat para pelajar kita. Setiap ape yang dipakai, ape yang dibuat dan apa yang dikata itu kesemuanya diperlihatkan oleh anak didik kita dan mereka menilai kewajaran sesuatu perbuatan yang kita lakukan.
Kalau pun nak berhibur, tak kan sampai perlu tudung itu ditanggalkan..sudah lah begitu, dimuatnaik pula ke You Tube jadi tontonan umum. Mungkin ade yang suka, ade juga yang benci...tapi yang penting bagi saya ialah ape nilai pengajaran yang Cikgu Shida ingin tonjolkan buat mereka yang menonton video tersebut? Usahlah mencari populariti dengan cara sedemikian rupa...biarlah mereka mengenang jasa kita dek sebabkan ilmu yang kita curahkan serta bimbingan moral, akhlak dan sahsiah kepada mereka. Bukan mengenangkan kita dengan perkara yang tak sepatutnya. Maruah juga perlu dijaga...apalah ertinya kalau kita menjadi bahan sindiran disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Kita ni cikgu, setiap mase kene tunjukkan akhlak yang baik kerana kita menjadi contoh bagi masyarakat sekeliling...kalau kita sendiri dah tak dihormati oleh masyarakat, maka apa pula akan terjadi buat anak-anak bangsa kita nanti. Bukan nak sangat penghormatan masyarakat, cuma sebagai guru memang kita perlu pamerkan yang terbaik buat mereka. Kalau dah rase tugas guru ni mengongkong kebebasan anda untuk berhibur, maka pilih lah kerjaya lain seperti penyanyi ke, pelakon ke...
Akhir kalam, saya harap Cikgu Shida lepas ni popular dengan kehebatan anda mendidik anak bangsa bukannya menempah nama dengan video-video seperti itu. Mohon maaf andai ada yang terasa, sekadar berkongsi pendapat demi kebaikan bersama...wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan