Sabtu, 21 Mei 2011

Pil Herba Resdung Nusantara...paling berkesan

   Terlintas pula difikiran untuk berkongsi dan mempromosi produk herba ini khusus untuk merawat penyakit resdung. Saya memang dah lame hidap resdung, cuma tak serius sangat jika dibandingkan dengan orang lain yang setiap pagi mesti bersin punya...tambah lagi kalau musim sejuk atau makan makanan laut. Puas juga mencuba pelbagai jenis ubat, namun tiada kesan atau petanda resdung ini berkurangan. Tapi alhamdulillah setelah mencuba pil herba ni, resdung dah banyak kurang. Tiada lagi rase gatal-gatal di muka, telinga, hidung, jerawat dan sebagainya. Kepala pun dah rasa ringan dan tak selalu rasa pening. Bangun pagi pula dah tak bersin lagi..malah, saya dah boleh makan belacan, makanan laut dan minum air sejuk. Cuma makan sesekali boleh la...jangan pulak makan selalu...Ketam apa lagi...makan sikit je dah gatal seluruh muka... Apapun ni lah ubat paling berkesan yang saya temui setakat ni...masalahnya, bukan semua kedai ubat menjualnya..ubat ini hanya terdapat di Perak dan sebahagian tempat di Pantai Timur.

    Harga sebotol ialah RM 15 dan mengandungi sebanyak 28 biji. Makan 2 biji sehari sama ada pada waktu pagi atau pada waktu malam sebelum tidur. Amalkan seminggu dan insyaallah anda boleh rasa kesannya. Kalau berminat untuk mencuba boleh hubungi saya dan saya akan poskan pil herba ni menggunakan pos laju. Moga memberi manfaat untuk semua. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

My Followers